Sunday, November 7, 2010

klasik

Abun mengesat sisa air matnya. Kemudian dia bangun sambil membersihkan seluarnya yang kotor terlekat tanah tempat dia duduk. Abun berjalan pulang.


Dia tiada pilihan lain. Memang kalau diikutkan hati, dia tak mahu pulang ke rumah, apa lagi melihat muka Mulan yang garang itu. Tapi dia terpaksa. Dia tidak tahu ke mana dia harus pergi jika dia lari meninggalkan rumah.


"Hah, baru reti nak balik!" sergah Mulan sambil melemparkan pakaian kotor kepada Abun. Tak cukup dengan itu, Mulan cepat-cepat menuruni tangga lalu memiat telinga Abun. Mulan geram kerana Abun balik lewat.


"Cepat pergi basuh baju tu sebelum bapak kau balik."


Abun menurut perintah. Dia berjalan laju-laju ke belakang kerana tidak mahu dipukul lagi oleh Mulan.


Begitulah nasib Abun saban hari. Dia dimarah dan dipukul oleh Mulan. Mulan memang bencikan Abun. Dia merasakan Abun sebagai beban kerana Abun anak tirinya. Dia benci bila terpaksa berpura-pura sayangkan Abun dihadapan Gharip.


Gharip sangat sayangkan Abun kerana Abun lah satu-satunya anak dia dengan arwah isterinya, Kalsom. Gharip sangat percayakan Mulan dan tidak pernah menyangka Mulan sebenarnya sangat bencikan Abun. Memang Gharip percaya bahawa Mulan sayangkan Abun kerana dia selalu melihat Mulan melayan Abun seperti anak sendiri. Tidak dibeza-bezakan dengan anak kandungnya. Gharip lega kerana dia menyangka dia telah membuat keputusan yang tepat dengan berkahwin dengan Mulan.


"Assalamualaikum" terdengar suara Gharip memberi salam.


Mulan yang berada di dapur cepat-cepat menyuruh Abun mandi dan meninggalkan baki pakaian yang belum siap dibasuh. Seterusnya, dia berjalan lenggang kangkung ke ruang tamu untuk menyambut kepulangan Gharip.



Cerita takdek motif

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH?

No comments:

Post a Comment