Sunday, March 27, 2011

Siri Satu Perkataan 3

Okay, harini derhaka sikit. Ada lebih dari 1 perkataan.

KALA

TERBIT

MENONGKAH

Sesi Berhabis Duit

Sebelum bertolak ke chicago. Kereta hitam hanya perhiasan semata. Tidak diketahui tuan punya kereta hensem tersebut.




Okay dah sampai Shedd Aquarium. (Ni 2nd day sebenarnya)


[::] Hari pertama ke outlet, membeli belah dengan sungguh berhemahnya. Menggunakan duit hasil pemberian atas dasar simpati satu pihak (separa kerajaan mungkin), saya meelakukan tugas membeli belah dengan jayanya.

Yang ni masa dah habis aquatic show. Time dolphin lompat-lompat aku tak ambik gambar pun. Sebab kelaparan yang teramat membuatkan aku sakit kepala dan tetidur ketika show tersebut.

Itu suku pertama cuti. Yang selebihnya aku simpan camera dalam beg.
Arakian, tiada lah kiranya dapat hamba bergambar dengan makhluk ciptaan tuhan. Tiada lah juga kiranya dapat hamba merakam keindahan alam ciptaan tuhan. Sayugia, cukuplah merakamnya didalam kotak memori hamba sahaja.


*Lebihan cuti dihabiskan di Indiana. Sebahagian di Purdue, sebahagian lagi di Indiana University Bloomington.

Ouch!

Masih tercari-carikah kamu akan identiti diri kamu? Atau sudah ketemu?

Mesti kelakar bila kamu menyoroti kembali kisah silam kamu, ketika masih tercari-cari itu.

Mesti ada rasa malu bila mengenang kembali dialog-diolog ketika itu.

Tapi, apapun, kamu tak boleh pun nak ubah benda yang dah jadi.

Kesimpulannya, berfikir sebelum bertindak.

Kalau tidak, kamu yang malu sendiri, kamu yang menyesal sendiri.

Oh Yeah!

Oh Yeah!

Mood Baruuu, haha.

template baru memang cantik menarik tertarik kau memang dabomb

tercapai jugak la hasrat aku nak stay dengan template sebelum ni selama setahun.

ok sudah.

Haritu aku dapat markah essay psycho 2/30. Memang tak puas hati.
Nasib baik typo je. Makcik yang tulis markah tu pun, kalau nak typo-typo ni, janganlah buat masa type markah aku. wuhuuu.




Wednesday, March 23, 2011

Entry Kasi Kau Insaf



Gelak sorang-sorang, pagi-pagi buta. Jahat nye aku ni.

Cuba lah bersyukur sebab kau tak ada penyakit macam dia ni.

Booo sama dia!

Masalah remeh pun kecoh!

Booooooooo!!!

Dari pukul 11 lebih tadi, sampailah sekarang, pukul 2.40 satu page pun tak habes baca lagi ni.
Ape bende lah yang kau buat ni.

Macam ni lah kalau belajar bersama-sama komputer ditemani internet.

Banyak ilmu wo aku dapat malam ni. Tak rasa sia-sia pun buat gini.

Nak tido ke tak nak? Confused. Sebab tak study lagi.

Mari mencari ilmu :*)

Tuesday, March 22, 2011

Ciskek

Haa. aku buat ciskek pagi tadi.

Macam ni lah rupa ciskek bila pembuat ciskek terhebat beraksi menyatukan bahan bahan membentuk ciskek.

Berbekalkan resepi tanpa apa-apa sukatan, suhu oven yang di set sesuka hati, beberapa kali bukak tutup bukak tutup oven tu nak tengok masak dah ke belum, tadaaaa. ni lah ciskek aku yang first.




First time buat ni woo. Suka.. Nak buat lagi lah nanti. Nak beli krimcis banyak-banyak, dapat la banyak sikit dari yang ni. Hua hua hua.



Base tebal, macam kena bagi nama kek biskut, bukan ciskek.
Rupa tak penting, yang penting kenyang.

moral of the day, buat lah ikut resepi, ikut sukatan.

haritu aku blaja ni: quran tu resepi hidup. tak boleh suka-suka hati nak tuka bahan ikut suka. sebab tuan resepi tu lebih mengetahui akibatnya kalau pandai-pandai tuka resepi tu. :)


*husna suruh buat ciskek sempena besday mama. :))

kua'k kua'k

haha lagu mano nok baco tajuk tu.

ciskek oh ciskek. cepatlah masak.


Sunday, March 20, 2011

hak.

tak nak balik msia

nak duduk us lamalama sikit

nak grad bulan 8 lah

contract pun bukan sampai bulan 4 / 5 je

ada lagi 2 / 3 bulan lagi tu

boleh la duk us lama lama sikit

Friday, March 18, 2011

lalala

SELAMAT HARI JADI MAMA :)

semoga berbahagia dunia akhirat
panjang umur murah rezeki