Friday, July 15, 2011

Nothing much to say

Masa berlalu amat pantas...

Selamat Hari Lahir, Kimi. Semoga berjaya dunia akhirat. Amin.

Nasheed: We Lost Our Way, youtube.com

Monday, June 27, 2011

Activity

Activity menembak telah dijalankan pada hari sabtu lepas, bersamaan 25 jun 2011. Perasaan adalah agak menyeronokkan kerana pertama kali memegang pistol yang benar-benar mengeluarkan peluru yang benar.

Sebelum activity bermula, terdapat sesi perkenalan dengan pistol dan cara bermesra-mesraan dengan pistol. Tapi oleh kerana aku tidak tahu bagaimana mengolah soalan, aku diamkan sahaja ketidakfahaman aku. Risau pak cik yang berkenaan pening dengan soalan aku, yang akhirnya mungkin tambah memeningkan aku.

Hasilnya, tembakan aku tak mengenai sasaran, malah jauh dari lingkungan sasaran tersebut walaupun 40 butir peluru telah dilancarkan dari pistol.

Akhirnya, berkat usaha dan tiba-tiba sahaja allah bagi ilham nak faham cara yang diajar oleh pakcik itu, aku mampu menembak dengan agak tepat, boleh la untuk beginner. Tinggal 10 biji peluru di kala kefahaman itu menjengah minda. 7 biji peluru berjaya memboloskan diri memasuki lingkungan sasaran. Oh yeah! itu adalah kegembiraan yang tidak terhingga.

Namun begitu, tiada yang mampu mengenai sasaran dengan tepat dan padu. Tiada mengapa kerana itu amatlah bagus untuk seorang beginner seperti aku.

gambar-nanti-nati sajalah!

p/s: selamat hari jadi kamal. semoga membesar menjadi anak & adik yang soleh :)

Sunday, June 5, 2011

Oh

How i miss malaysia

Nak bercuti berehat-rehat. Haha.

Nak pegi duduk rumah depan sawah,

Baru best dapat tengok sawah padi luas terbentang saujana mata memandang!!

Kalau duduk sungai buloh tu., nampak hutan. :p

Kalau nampak hutan, tak nampak keluasan tu, macam tengok sawah.

Luas tu yang best sebenarnya.


Tuesday, May 10, 2011

Entri Khas

Selamat Hari Ibu, Mama

Tiadalah kiranya dapatku membalas segala jasamu.
Kupohon doa buat kesejahteraan dirimu dunia akhirat.



Tak reti nak bermadah bicara, kerana aku tidak dibesarkan dengan suasana yang sebegitu. Nak loving-loving, touching-touching.memang bukan aku. Hahaha.

Saturday, April 9, 2011

Saya ingin.

Nak bangun pagi. Nak bangun pagi.

Nak jalan-jalan. Nak jalan-jalan.

Begitu indah pemandangan di pagi hari.

Berjalan mengambil angin.

Best nye lah kalau dapat jalan-jalan.
Kalau tak hujan lagi best untuk aktiviti mengerakkan kaki secara besar-besaran ni.

Sepering Fes Dueribusebelas kot

Oh,
Cuaca sungguh panas hari ini
Angin yang bertiup tidak lagi senyaman hari-hari yang berlalu

Jalan-jalan tengok pameran
Macam karnival *pandai-pandai buh nama*
Ini lah karnival yang aku pernah pergi, yang paling dekat dengan rumah aku
10 minutes jalan kaki!
Wahaha, spring fest je pun. *link purdue je.kalau sempat, boleh tengok promo dia kat sini, kalau bukak link ni minggu depan, memang takde dah la kan*

Ada macam-macam,
tornado in the water,
ape benda tah lagi. lupa.

Lagi, ada binatang. Ada lembu, tapi tak sempat tengok.
Ada arnab bulu cantik sangat sedap dipegang macam baldu warna hitam putih warna coklat warna kelabu.
Ada ikan emas free kalau nak. Jadi satu hal pulak kalau aku ambil ikan tu. Tak sampai 2 hari, mati dah aku rasa ikan tu kebuluran.

Dapat gelang science at purdue. yay!
Gelang getah yang macam dapat kat mana entah mc donald kot yang ada tulis macam-macam tu, ada yang tulis i'm high. tu je yang aku ingat sebab kawan aku pernah pakai tapi orang gelak kat dia sebab dia rendah tapi pakai gelang tulis i'm high.

Ape lagi ye..

Eh. dah tak ingat.

Esok ada lagi spring fest.

Kalau nak makan cengkerik goreng, cengkerik salut coklat, lipas goreng, ulat goreng ke. Jemput datang lah ye.

Kalau nak rasa perah susu lembu pon boleh datang.

Oh. Aku ingat, ada kira strength tangan. Kau genggam benda alah tu, pastu orang tu tengok bacaan dia.

Sememangnya terbukti lah yang tangan aku memang kuat. Tak lepas pun average untuk perempuan 18 tahun ke atas.
Mungkin aku lepas kalau masuk kategori kanak-kanak bawah 12 tahun.

Kira blood pressure pun ada. Memang favorite aku lah kira blood pressure ni. Lagi satu, ambik darah. Memang aku suka sangat.

Yay! Aku memang sihat. Blood pressure normal.

Ukur tinggi dan berat pun ada. Kira BMI.

OK dah-dah. Tadi cakap tak ingat. Boleh tulis lagi ni. Pelik.

Friday, April 8, 2011

Allah allah

Rasanya seperti sudah tiada lagi keberkatan masa itu.

Walaupun kelas hanya sebijik pada hari selasa dan khamis, masih lagi tidak dapat menikmati kelapangan itu.

Tidak dapat lagi nak buat perkara berfaedah, either untuk diri sendiri atau orang lain dalam masa ni.

Tiba-tiba sahaja sudah malam.

Tiba-tiba sahaja sudah pagi.

Dah berapa minggu macam ni.

Buat apa?

*nak skip presentation. benci com!!!

Monday, April 4, 2011

Breakfast!





Tak dapat dikenalpasti aku telah menjadi bangsa apa bila aiskrim dan strawberi menjadi santapan untuk breakfast
memang paling sedap abad ini

Ni hari ni.
Semalam breakfast makan ciskek.

pelik tapi benar

:)))
sedapppppp

Saturday, April 2, 2011

Mashaallah

Best2. :))

Menghabiskan hari sabtu dengan mendengar isk. Huah. Huah.

Memang best lah! better than expected. lama dah tak denga.

:) *senyum dengan gembira*


*tak habis lagi hari sabtu sebenanya. ada lagi sejam lebih ni.*

pesanan penaja iklan
*{selamat hari jadi munteks husna}*

Sunday, March 27, 2011

Siri Satu Perkataan 3

Okay, harini derhaka sikit. Ada lebih dari 1 perkataan.

KALA

TERBIT

MENONGKAH