Friday, July 15, 2011

Nothing much to say

Masa berlalu amat pantas...

Selamat Hari Lahir, Kimi. Semoga berjaya dunia akhirat. Amin.

Nasheed: We Lost Our Way, youtube.com

Monday, June 27, 2011

Activity

Activity menembak telah dijalankan pada hari sabtu lepas, bersamaan 25 jun 2011. Perasaan adalah agak menyeronokkan kerana pertama kali memegang pistol yang benar-benar mengeluarkan peluru yang benar.

Sebelum activity bermula, terdapat sesi perkenalan dengan pistol dan cara bermesra-mesraan dengan pistol. Tapi oleh kerana aku tidak tahu bagaimana mengolah soalan, aku diamkan sahaja ketidakfahaman aku. Risau pak cik yang berkenaan pening dengan soalan aku, yang akhirnya mungkin tambah memeningkan aku.

Hasilnya, tembakan aku tak mengenai sasaran, malah jauh dari lingkungan sasaran tersebut walaupun 40 butir peluru telah dilancarkan dari pistol.

Akhirnya, berkat usaha dan tiba-tiba sahaja allah bagi ilham nak faham cara yang diajar oleh pakcik itu, aku mampu menembak dengan agak tepat, boleh la untuk beginner. Tinggal 10 biji peluru di kala kefahaman itu menjengah minda. 7 biji peluru berjaya memboloskan diri memasuki lingkungan sasaran. Oh yeah! itu adalah kegembiraan yang tidak terhingga.

Namun begitu, tiada yang mampu mengenai sasaran dengan tepat dan padu. Tiada mengapa kerana itu amatlah bagus untuk seorang beginner seperti aku.

gambar-nanti-nati sajalah!

p/s: selamat hari jadi kamal. semoga membesar menjadi anak & adik yang soleh :)

Sunday, June 5, 2011

Oh

How i miss malaysia

Nak bercuti berehat-rehat. Haha.

Nak pegi duduk rumah depan sawah,

Baru best dapat tengok sawah padi luas terbentang saujana mata memandang!!

Kalau duduk sungai buloh tu., nampak hutan. :p

Kalau nampak hutan, tak nampak keluasan tu, macam tengok sawah.

Luas tu yang best sebenarnya.


Tuesday, May 10, 2011

Entri Khas

Selamat Hari Ibu, Mama

Tiadalah kiranya dapatku membalas segala jasamu.
Kupohon doa buat kesejahteraan dirimu dunia akhirat.



Tak reti nak bermadah bicara, kerana aku tidak dibesarkan dengan suasana yang sebegitu. Nak loving-loving, touching-touching.memang bukan aku. Hahaha.

Saturday, April 9, 2011

Saya ingin.

Nak bangun pagi. Nak bangun pagi.

Nak jalan-jalan. Nak jalan-jalan.

Begitu indah pemandangan di pagi hari.

Berjalan mengambil angin.

Best nye lah kalau dapat jalan-jalan.
Kalau tak hujan lagi best untuk aktiviti mengerakkan kaki secara besar-besaran ni.

Sepering Fes Dueribusebelas kot

Oh,
Cuaca sungguh panas hari ini
Angin yang bertiup tidak lagi senyaman hari-hari yang berlalu

Jalan-jalan tengok pameran
Macam karnival *pandai-pandai buh nama*
Ini lah karnival yang aku pernah pergi, yang paling dekat dengan rumah aku
10 minutes jalan kaki!
Wahaha, spring fest je pun. *link purdue je.kalau sempat, boleh tengok promo dia kat sini, kalau bukak link ni minggu depan, memang takde dah la kan*

Ada macam-macam,
tornado in the water,
ape benda tah lagi. lupa.

Lagi, ada binatang. Ada lembu, tapi tak sempat tengok.
Ada arnab bulu cantik sangat sedap dipegang macam baldu warna hitam putih warna coklat warna kelabu.
Ada ikan emas free kalau nak. Jadi satu hal pulak kalau aku ambil ikan tu. Tak sampai 2 hari, mati dah aku rasa ikan tu kebuluran.

Dapat gelang science at purdue. yay!
Gelang getah yang macam dapat kat mana entah mc donald kot yang ada tulis macam-macam tu, ada yang tulis i'm high. tu je yang aku ingat sebab kawan aku pernah pakai tapi orang gelak kat dia sebab dia rendah tapi pakai gelang tulis i'm high.

Ape lagi ye..

Eh. dah tak ingat.

Esok ada lagi spring fest.

Kalau nak makan cengkerik goreng, cengkerik salut coklat, lipas goreng, ulat goreng ke. Jemput datang lah ye.

Kalau nak rasa perah susu lembu pon boleh datang.

Oh. Aku ingat, ada kira strength tangan. Kau genggam benda alah tu, pastu orang tu tengok bacaan dia.

Sememangnya terbukti lah yang tangan aku memang kuat. Tak lepas pun average untuk perempuan 18 tahun ke atas.
Mungkin aku lepas kalau masuk kategori kanak-kanak bawah 12 tahun.

Kira blood pressure pun ada. Memang favorite aku lah kira blood pressure ni. Lagi satu, ambik darah. Memang aku suka sangat.

Yay! Aku memang sihat. Blood pressure normal.

Ukur tinggi dan berat pun ada. Kira BMI.

OK dah-dah. Tadi cakap tak ingat. Boleh tulis lagi ni. Pelik.

Friday, April 8, 2011

Allah allah

Rasanya seperti sudah tiada lagi keberkatan masa itu.

Walaupun kelas hanya sebijik pada hari selasa dan khamis, masih lagi tidak dapat menikmati kelapangan itu.

Tidak dapat lagi nak buat perkara berfaedah, either untuk diri sendiri atau orang lain dalam masa ni.

Tiba-tiba sahaja sudah malam.

Tiba-tiba sahaja sudah pagi.

Dah berapa minggu macam ni.

Buat apa?

*nak skip presentation. benci com!!!

Monday, April 4, 2011

Breakfast!





Tak dapat dikenalpasti aku telah menjadi bangsa apa bila aiskrim dan strawberi menjadi santapan untuk breakfast
memang paling sedap abad ini

Ni hari ni.
Semalam breakfast makan ciskek.

pelik tapi benar

:)))
sedapppppp

Saturday, April 2, 2011

Mashaallah

Best2. :))

Menghabiskan hari sabtu dengan mendengar isk. Huah. Huah.

Memang best lah! better than expected. lama dah tak denga.

:) *senyum dengan gembira*


*tak habis lagi hari sabtu sebenanya. ada lagi sejam lebih ni.*

pesanan penaja iklan
*{selamat hari jadi munteks husna}*

Sunday, March 27, 2011

Siri Satu Perkataan 3

Okay, harini derhaka sikit. Ada lebih dari 1 perkataan.

KALA

TERBIT

MENONGKAH

Sesi Berhabis Duit

Sebelum bertolak ke chicago. Kereta hitam hanya perhiasan semata. Tidak diketahui tuan punya kereta hensem tersebut.




Okay dah sampai Shedd Aquarium. (Ni 2nd day sebenarnya)


[::] Hari pertama ke outlet, membeli belah dengan sungguh berhemahnya. Menggunakan duit hasil pemberian atas dasar simpati satu pihak (separa kerajaan mungkin), saya meelakukan tugas membeli belah dengan jayanya.

Yang ni masa dah habis aquatic show. Time dolphin lompat-lompat aku tak ambik gambar pun. Sebab kelaparan yang teramat membuatkan aku sakit kepala dan tetidur ketika show tersebut.

Itu suku pertama cuti. Yang selebihnya aku simpan camera dalam beg.
Arakian, tiada lah kiranya dapat hamba bergambar dengan makhluk ciptaan tuhan. Tiada lah juga kiranya dapat hamba merakam keindahan alam ciptaan tuhan. Sayugia, cukuplah merakamnya didalam kotak memori hamba sahaja.


*Lebihan cuti dihabiskan di Indiana. Sebahagian di Purdue, sebahagian lagi di Indiana University Bloomington.

Ouch!

Masih tercari-carikah kamu akan identiti diri kamu? Atau sudah ketemu?

Mesti kelakar bila kamu menyoroti kembali kisah silam kamu, ketika masih tercari-cari itu.

Mesti ada rasa malu bila mengenang kembali dialog-diolog ketika itu.

Tapi, apapun, kamu tak boleh pun nak ubah benda yang dah jadi.

Kesimpulannya, berfikir sebelum bertindak.

Kalau tidak, kamu yang malu sendiri, kamu yang menyesal sendiri.

Oh Yeah!

Oh Yeah!

Mood Baruuu, haha.

template baru memang cantik menarik tertarik kau memang dabomb

tercapai jugak la hasrat aku nak stay dengan template sebelum ni selama setahun.

ok sudah.

Haritu aku dapat markah essay psycho 2/30. Memang tak puas hati.
Nasib baik typo je. Makcik yang tulis markah tu pun, kalau nak typo-typo ni, janganlah buat masa type markah aku. wuhuuu.




Wednesday, March 23, 2011

Entry Kasi Kau Insaf



Gelak sorang-sorang, pagi-pagi buta. Jahat nye aku ni.

Cuba lah bersyukur sebab kau tak ada penyakit macam dia ni.

Booo sama dia!

Masalah remeh pun kecoh!

Booooooooo!!!

Dari pukul 11 lebih tadi, sampailah sekarang, pukul 2.40 satu page pun tak habes baca lagi ni.
Ape bende lah yang kau buat ni.

Macam ni lah kalau belajar bersama-sama komputer ditemani internet.

Banyak ilmu wo aku dapat malam ni. Tak rasa sia-sia pun buat gini.

Nak tido ke tak nak? Confused. Sebab tak study lagi.

Mari mencari ilmu :*)

Tuesday, March 22, 2011

Ciskek

Haa. aku buat ciskek pagi tadi.

Macam ni lah rupa ciskek bila pembuat ciskek terhebat beraksi menyatukan bahan bahan membentuk ciskek.

Berbekalkan resepi tanpa apa-apa sukatan, suhu oven yang di set sesuka hati, beberapa kali bukak tutup bukak tutup oven tu nak tengok masak dah ke belum, tadaaaa. ni lah ciskek aku yang first.




First time buat ni woo. Suka.. Nak buat lagi lah nanti. Nak beli krimcis banyak-banyak, dapat la banyak sikit dari yang ni. Hua hua hua.



Base tebal, macam kena bagi nama kek biskut, bukan ciskek.
Rupa tak penting, yang penting kenyang.

moral of the day, buat lah ikut resepi, ikut sukatan.

haritu aku blaja ni: quran tu resepi hidup. tak boleh suka-suka hati nak tuka bahan ikut suka. sebab tuan resepi tu lebih mengetahui akibatnya kalau pandai-pandai tuka resepi tu. :)


*husna suruh buat ciskek sempena besday mama. :))

kua'k kua'k

haha lagu mano nok baco tajuk tu.

ciskek oh ciskek. cepatlah masak.


Sunday, March 20, 2011

hak.

tak nak balik msia

nak duduk us lamalama sikit

nak grad bulan 8 lah

contract pun bukan sampai bulan 4 / 5 je

ada lagi 2 / 3 bulan lagi tu

boleh la duk us lama lama sikit

Friday, March 18, 2011

lalala

SELAMAT HARI JADI MAMA :)

semoga berbahagia dunia akhirat
panjang umur murah rezeki



Friday, February 25, 2011

Siri Satu Perkataan 2

SIRNA

Tuesday, February 22, 2011

Siri Satu Perkataan 1

Aku nak kumpul perkataan yang bila buat karangan, rasa macam hebat bersastera. Bagi aku la.
Nanti bila aku rasa dah cukup perkataan best tu, aku nak buat karangan. sajak ke. heh. sejak bila entah kau ni kak?

Ok. Harini perkataan dia : ditagih
(atau kalau aku nak guna tagih nanti dalam karangan aku pun takpe jugak.)

perkataan ni dapat dari lagu " Sunnah orang berjuang "

History dia,
1. Aku tengok cerita "Sang Murabbi" kat youtube
2. Denga lagu Sang Murabbi by izzatul islam, kat youtube jugak
3. Lepas tu aku jumpa lagu Sunnah orang berjuang kat tepi tepi tu.
4. Pastu aku pun rasa best dengan perkataan ditagih tu.

Ok, semua orang perlu tonton cerita sang murabbi. Cerita tu memang berguna.

Thursday, February 17, 2011

Eh?

Lupa pulak ada blog. Lepas tu lupa pulak url baru.
Haih, busy sangat ke kak?

Life's good so far, ikut expectation aku la tapi.
Markah2 semua macam best, tapi kalau nak compare dengan orang lain punya markah, memang menangis jugak lah aku kan.

Tapi takpe lah, kena bersyukur. Susah sangat ke nak bersyukur?

"... (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur" [67:23]

Wednesday, January 12, 2011

Ada akai dok?

Apa guna akal yang Allah bagi?

FIKIR!

Kalau tak nak berfikir, kurang bersyukur lah kot. Sebab tak guna nikmat yang Allah dah bagi.

Saya sedar saya malas berfikir. Bila dapat any information, that's it. Salin dalam buku, simpan buku tu. Then, dapat info baru, salin lagi, simpan lagi.

Mana boleh macam tu. Kena la digest (guna HADAM pun sedap jugak) apa yang didengar, yang disalin tu. Baru berguna ilmu tu. Baru boleh faham betul-betul. Baru boleh beramal dengan ilmu tu.

*Rasa seronok bila dapat buat benda yang jarang kita buat.
OK. Saya rasa seronok sangat setiap kali saya berfikir, sebab saya jarang berfikir.

**pesanan penaja: Allah uji setiap yang kita cakap. So, beware of what we say. :)
***Beware of dog!*** -cite hani-

Saturday, January 8, 2011

Baru nak ingat??

Who should I think most of,
After Allah and Rasulullah?

Comes your mother
Who next? your mother
Who next? your mother

oh

baru tahu kah maksud makan bila lapar,
berhenti sebelum kenyang?

selama ni, makan waktu pagi, tengah hari, malam
berhenti bila dah kenyang sangat

*bila dah tak ada, baru tercari-cari nikmat tu.
tak bersyukur ke?

Tuesday, January 4, 2011

dot

orang orang di rumah.
bila nak online.
aku tadak duit mahu call.