Friday, December 17, 2010

new phase of life

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

ok. hidup bermula setelah tamat final exam.

buatbuatbuatbuatbuatbuatbuatbuatbuatbuat
;; azam sempena tahun baru haritu
;; lebih banyak ingat allah
;; jadi manusia



looking forward for spring 2011!!!


tolonglahbagipasssemuasubjek.aminaminamin.

Monday, December 6, 2010

kalau

kalau benci orang, semua yang dia buat nampak salah
kalau sayang orang, semua yang dia buat nampak betul

jadi, janganlah suka-suka hati nak benci orang tak tentu pasal
janganlah suka-suka hati nak sayang orang tak tentu pasal

mood: *suka-suka hati*

Wednesday, December 1, 2010

Last One

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan kami uji perihal kamu."
[47:31]

Kenapa perlu uji? Sebab Allah tak tau ke?

Kenal?

Sila kirim salam kepada kawan anda melalui saya.

Ha Ha Ha


Baru aku tau, aku tak suka sangat BluBeRi ni.



Mari Tonton

Ni antara benda paling best ada dalam bilik aku.


Lampu comel and frame yang belum letak gambar.


Buku-buku pujaan hati. Mesti best kalau bawak banyak buku dari Malaysia.
Kan dah kena baca buku english. :((


Hasil pelaburan. Duit tak banyak dah. Takpe, rezeki Allah di mana-mana. :p


I love my room.

Waiting


Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari
[91:1]

Bersinarlah
Matahariku
;)

Tuesday, November 30, 2010

macam mana ni?

الفترة بعد المجاهدة من فساد الإبتداء

(denga masa tamrin 2010)
Bawah ni maksud dari google translator. haha
Tempoh selepas mujahid rasuah Bermula

sila tanya pakar untuk maksud sebenar



Saturday, November 20, 2010

belog lot 285 dot blogspot

Bukak belog lot 285.
Lama dah tak tengok. baru teringat balik.

Thursday, November 18, 2010

makan tengah hari sedap

nama asal: garlic pasta. :)

Wednesday, November 17, 2010

Lagi

Kisah Perang Hunain. (puan google)

[9:25]
Sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang, dan (ingatlah) Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang.
sambung baca ayat 26 :)

[9:25]
Assuredly Allah did help you in many battle-fields and on the day of Hunayn: Behold! your great numbers elated you, but they availed you naught: the land, for all that it is wide, did constrain you, and you turned back in retreat.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya. Maaf zahir batin. :)

US raya dulu dari Malaysia. :))

kisah perang: Perang Mu'tah (puan google)

Abdullah bin Rawahah ra: "Hai lihatlah, Ja'far telah syahid, sedangkan kamu masih sibuk dengan keduniaanmu".

Sunday, November 14, 2010

oh ye

baru aku teringat
mahu meminta maaf.
kepada mereka yang terlibat
-aku tidak mereply mereka yang menyapa di ym

ini adalah kerana aku sebenarnya tiada di depan laptop waktu anda menyapa
boleh jadi aku tido, atau berada di kelas, atau tengah memasak, atau apa apa sahaja
jadinya, bila aku dah membaca sapaan-sapaan itu, aku merasa malas untuk mereply kerana terlalu lambat dah kalau nak reply pon.

lagi satu, aku ada je depan laptop masa di sapa itu, tapi aku malas nak reply kerana rasa tiada keperluan atau aku tak tau mahu jawab apa.

sorry lah lagi sekali ye kepada mereka yang terlibat.

aku suka lah us ni. sebab internet dia dan laptop aku. 24/7 online!

sudah deactivate facebook :)). sampai ketemu lagi encik fb. thn depan mungkin jumpa lagi. atau kalau ada keperluan, bulan depan kot. :)).

dapat dari mana ni?

bila anda meluahkan perasaan anda kepada kawan
bila anda bercerita masalah anda kepada kawan
bila anda menangis di bahu kawan
bila anda meminta pertolongan dari kawan

ketahuilah Allah lebih berhak terhadap semua itu
cari Allah dulu baru cari makhluk

ish ish ish

kenapa lah aku gi search 'siapa ben ashaari' kat google tu.

haha. distracted aku, selama hampir 2 jam. memang hobi aku membaca. aku baca je lah apa yang dia tulis. mengarut mengarut pun, aku baca je. best ok, membaca apa yang orang lain tulis.
dahsyat lah dia ni. setelah aku click older posts beberapa kali, aku jumpa ni: entri ke 30 hari ni.
memang rajin betul!

ok. habis mengarut.

Ya Allah ~WaliBand

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kau lah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Sunday, November 7, 2010

klasik

Abun mengesat sisa air matnya. Kemudian dia bangun sambil membersihkan seluarnya yang kotor terlekat tanah tempat dia duduk. Abun berjalan pulang.


Dia tiada pilihan lain. Memang kalau diikutkan hati, dia tak mahu pulang ke rumah, apa lagi melihat muka Mulan yang garang itu. Tapi dia terpaksa. Dia tidak tahu ke mana dia harus pergi jika dia lari meninggalkan rumah.


"Hah, baru reti nak balik!" sergah Mulan sambil melemparkan pakaian kotor kepada Abun. Tak cukup dengan itu, Mulan cepat-cepat menuruni tangga lalu memiat telinga Abun. Mulan geram kerana Abun balik lewat.


"Cepat pergi basuh baju tu sebelum bapak kau balik."


Abun menurut perintah. Dia berjalan laju-laju ke belakang kerana tidak mahu dipukul lagi oleh Mulan.


Begitulah nasib Abun saban hari. Dia dimarah dan dipukul oleh Mulan. Mulan memang bencikan Abun. Dia merasakan Abun sebagai beban kerana Abun anak tirinya. Dia benci bila terpaksa berpura-pura sayangkan Abun dihadapan Gharip.


Gharip sangat sayangkan Abun kerana Abun lah satu-satunya anak dia dengan arwah isterinya, Kalsom. Gharip sangat percayakan Mulan dan tidak pernah menyangka Mulan sebenarnya sangat bencikan Abun. Memang Gharip percaya bahawa Mulan sayangkan Abun kerana dia selalu melihat Mulan melayan Abun seperti anak sendiri. Tidak dibeza-bezakan dengan anak kandungnya. Gharip lega kerana dia menyangka dia telah membuat keputusan yang tepat dengan berkahwin dengan Mulan.


"Assalamualaikum" terdengar suara Gharip memberi salam.


Mulan yang berada di dapur cepat-cepat menyuruh Abun mandi dan meninggalkan baki pakaian yang belum siap dibasuh. Seterusnya, dia berjalan lenggang kangkung ke ruang tamu untuk menyambut kepulangan Gharip.



Cerita takdek motif

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH?

nak

nak balik malaysia lah
boring duduk us ni.
takde buku bahasa melayu!
~ketupat cinta~~~~
hahahahahaha

Thursday, October 28, 2010

mari

current temperature: 0 degree celcius.
bandingkan dengan ais 0 degree celcius.
mana lebih sejuk.

kapas seberat 300 kilogram.
bandingkan dengan kayu balak seberat 300 kilogram.
mana lebih berat.

Saturday, October 23, 2010

Mari Bercinta

wahai kekasih by nazrey johani

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabah nya hatimu
Menaggung derita yg melanda
Biarpun perit, pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlak mu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelangkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya....


Wednesday, October 13, 2010

tu la

pendengar yang baik = orang yang peka

kalau orang tu seorang yang peka, maksudnya dia pendengar yang baik

teori aku-

Sunday, October 10, 2010

Semalam

yesterday: i was thinking to write something.
today: i forgot what was it.

pengajaran: banyakkan selawat dan baca Qur'an

Friday, October 8, 2010

hatihati

hati hati.hati makin keras.

i could sense kebodohan makin bermaharajelela.

adakah babi itu kata nama, atau kata sifat?

Thursday, September 23, 2010

.

benar. hidup ada pasang surutnya. pada siapa lagi tempat bergantung selain allah.

Friday, March 26, 2010

patah kaki

aku baru habis baca buku to kill a mockingbird pagi tadi. buku ni kena baca untuk buat research paper. antara element yang perlu ada dalam research paper aku ni ialah introduction, summary, historical accuracy, historical relevance, conclusion. penat aku membaca buku ni, seminggu baru habis. tapi aku tak jumpa pun isi nak masukkan dalam historical accuracy tu. penat la kalu gini. boleh mati aku nak kena baca balik nak dapat point tu.
aku sangat suka watak atticus calam cite ni. best woo dapat bapak macam tu.

Sunday, March 7, 2010

rumah kecil tu pondok bukan banglo

sila baca line akhir dulu.pastu sambung balik kat sini.
semalam aku dengar ceramah kat masjid darul ehsan, ustaz tu cakap pasal sikap orang zaman sekarang mengenai perkara bida'ah. aku ringkaskan je la sebab tak ingat sangat. bolehla nak buat tambah ilmu untuk beramal masa akan datang. hehe.
"kalau kamu dipanjangkan umur, kamu akan melihat banyak pertelingkahan di kalangan umat islam." ni lebih kurang maksud sabda nabi(aku tak ingat ayat lengkap). pertelingkahan ni yang ustaz tu cite dalam perkara bida'ah la. orang dok sibuk cakap talkin, tahlil tu bida'ah, baca doa qunut tu bida'ah, macam macam lagi la. [tapi ramai yang tak sedar, semua yang bukan sunnah tu ialah bida'ah. contoh, menganjurkan pesta yang melalaikan. orang tak sibuk pulak pasal benda ni.] pastu sibuk nak kata orang lain salah, dia yang betul. padahal benda ni(tahlil, doa qunut, etc) bukan perkara yang prinsip dalam islam. cuma lah perkara cabang je. perkara prinsip tu contohnya macam allah tu satu n solat 5 waktu tu fardhu. benda ni kalau ada pertelingkahan, orang yang menafikan tu memang salah la. tapi kalau dalam perkara cabang tu tak perlu nak gaduh gaduh dan salahkan orang lain.
ada contoh zaman nabi dulu, nabi suruh sekumpulan sahabat yang nak pegi ke satu tempat(tak ingat), solat asar kat sebuah perkampungan(tak ingat jugak).tapi, bila dah tengah jalan jalan tu, waktu asar dah nak habis. jadi berlakulah pertelingkahan pendapat antara mereka. ada yang kata kena ikut jugak apa yang nabi cakap, jadi maksudnya solat asar di perkampungan yang nabi suruh tu tapi kena solat secara qada sebab dah masuk waktu maghrib bila mereka sampai. lagi satu group cakap, nabi bermaksud nak suruh mereka bersegera supaya sempat solat asar di perkampungan tu. kalau tak sempat pun takpe, solat lah di mana mana yang sempat. jadinya, mereka buatlah ikut pandangan masing masing. ada yang solat waktu tu, ada yang tunggu sampai perkampungan tu dulu baru solat asar. bila dah selesai urusan mereka, maka pulanglah mereka ke tanah air.cewah :). pastu cite kat nabi. tapi nabi tak cakap pun yang 1 ni salah, yang lagi 1 tu betul atau sebaliknya. maksudnya dua dua betul. habes dah cite.
ustaz tu cakap, sebab benda tu adalah perkara cabang. dua dua group tak menafikan solat asar tu wajib, fardhu. cuma cara yang berbeza. satu group buat secara tunai, satu group buat secara qada. -berbeza pandangan dalam mentafsir hadis nabi.-
aku rasa cite bawah ni takde kaitan ngan cite kat atas.mungkin ia jugak bukan dalam cite bida'ah.aku tak tau macam mana cite ni relevan ngan tajuk bida'ah.(mungkin aku je tak dapat relatekan cite ni ngan bida'ah, atau memang betul takde kaitan ngan bida'ah).sila fikir sendiri.
ustaz tu cakap lagi, kalau orang yang belajar tinggi, yang belajar pasal mazhab mazhab lain, dia boleh beramal dengan mazhab tu, tapi jangan sampai menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat sekeliling. contoh yang dia bagi, dia orang melayu, duk malaysia, guna mazhab syafie. tapi dia tau yang mazhab selain mazhab syafie, kalau sentuh isteri, tak batal wuduk. dia boleh kalau dia nak amalkan benda ni. tapi, kalau contohnya dia kena jadi imam, daripada turun kereta orang duk tengok dia, bukak pintu keta untuk isteri dia, cium cium pipi lagi, pimpin tangan, masuk masjid. orang pun kata, baguih la ustaz ni... tiba tiba bila masuk masjid, orang iqamat, pastu panggil ustaz ni jadi imam. ustaz ni pun terus gi depan nak jadi imam tanpa ambik wuduk balik. jadi perkara ni akan timbulkan kekecohan.
jadinya, bila nak beramal guna mazhab lain ni, kena raikan pandangan masyarakat umum supaya tak jadi kecoh. kalau depan masyarakat, macam dalam kes tadi, ustaz ni kena gi ambik wuduk balik. baru tak kecoh. baru aman. tamat lagi satu kesah.
sambung cite bida'ah tadi, contoh doa qunut. kalau nak ambik itu as bida'ah boleh, kalau tak nak pun boleh. contoh macam sorang ni anggap doa qunut as bida'ah, tapi waktu solat tu, imam baca doa qunut. dia tunggu je la masa tu, tak payah tadah tangan, pastu bila imam sujud, ikut la. macam tu la ustaz tu cakap. tak payah nak gaduh gaduh.
so,, ustaz cakap lagi, kalau semua orang berlapang dada dalam hal bida'ah ni, aman lah dunia.
kalau tak faham,sorry la,aku tak dapat tolong.
aku memang tak pandai nak expalain2 ni

--tajuk takde kaitan ngan cerita aku ni--

Wednesday, February 24, 2010

kenangan di waktu dulu yang tak dulu sangat

lama sudah tak update.rasa janggal je nak menaip.kehkehkeh.

video kat bawah ni di ambik masa on the way balik sungai buloh,aku rasa la. kat kelantan lagi ni. kat taman sebelah masjid(tak ingat masjid ape).time ni adalah antara raya yang boleh tahan best dalam idup aku.



aku baru ingat ade vidoe nih masa review gambar2 family dalam laptop aku nih.proses reviewing ni disertai oleh semua manusia dalam rumah tu yang berumur bawah 25 tahun kecuali adlin kerana tengah melanjutkan pelajarannya di sekolah menengah yang husna-sangat-sayang-sampai-taknak-gi-gopeng-tapi-gi-jugak-akhirnya.

sekian. :) senyum selalu ye.

Tuesday, February 9, 2010

cepat

cepatlah bagitau kena ambik summer sem ke tak.

Thursday, January 7, 2010

layout

aku nak try stay dgn layout ni selama setahun.sempena 2010.selama ni asyik tuka jerh.
gigi husna akan dipost atas permintaan beliau yang berselindung di sebalik nama abah.haha.kalau aku rajin saje.kalau malas,sila buat sendiri.aku buleh bagi password kpd husna supaya dia buleh letak gambar bersama giginya di sini.aku tak kesah.maukah,mok cik husna?