sila baca line akhir dulu.pastu sambung balik kat sini.
semalam aku dengar ceramah kat masjid darul ehsan, ustaz tu cakap pasal sikap orang zaman sekarang mengenai perkara bida'ah. aku ringkaskan je la sebab tak ingat sangat. bolehla nak buat tambah ilmu untuk beramal masa akan datang. hehe.
"kalau kamu dipanjangkan umur, kamu akan melihat banyak pertelingkahan di kalangan umat islam." ni lebih kurang maksud sabda nabi(aku tak ingat ayat lengkap). pertelingkahan ni yang ustaz tu cite dalam perkara bida'ah la. orang dok sibuk cakap talkin, tahlil tu bida'ah, baca doa qunut tu bida'ah, macam macam lagi la. [tapi ramai yang tak sedar, semua yang bukan sunnah tu ialah bida'ah. contoh, menganjurkan pesta yang melalaikan. orang tak sibuk pulak pasal benda ni.] pastu sibuk nak kata orang lain salah, dia yang betul. padahal benda ni(tahlil, doa qunut, etc) bukan perkara yang prinsip dalam islam. cuma lah perkara cabang je. perkara prinsip tu contohnya macam allah tu satu n solat 5 waktu tu fardhu. benda ni kalau ada pertelingkahan, orang yang menafikan tu memang salah la. tapi kalau dalam perkara cabang tu tak perlu nak gaduh gaduh dan salahkan orang lain.
ada contoh zaman nabi dulu, nabi suruh sekumpulan sahabat yang nak pegi ke satu tempat(tak ingat), solat asar kat sebuah perkampungan(tak ingat jugak).tapi, bila dah tengah jalan jalan tu, waktu asar dah nak habis. jadi berlakulah pertelingkahan pendapat antara mereka. ada yang kata kena ikut jugak apa yang nabi cakap, jadi maksudnya solat asar di perkampungan yang nabi suruh tu tapi kena solat secara qada sebab dah masuk waktu maghrib bila mereka sampai. lagi satu group cakap, nabi bermaksud nak suruh mereka bersegera supaya sempat solat asar di perkampungan tu. kalau tak sempat pun takpe, solat lah di mana mana yang sempat. jadinya, mereka buatlah ikut pandangan masing masing. ada yang solat waktu tu, ada yang tunggu sampai perkampungan tu dulu baru solat asar. bila dah selesai urusan mereka, maka pulanglah mereka ke tanah air.cewah :). pastu cite kat nabi. tapi nabi tak cakap pun yang 1 ni salah, yang lagi 1 tu betul atau sebaliknya. maksudnya dua dua betul. habes dah cite.
ustaz tu cakap, sebab benda tu adalah perkara cabang. dua dua group tak menafikan solat asar tu wajib, fardhu. cuma cara yang berbeza. satu group buat secara tunai, satu group buat secara qada. -berbeza pandangan dalam mentafsir hadis nabi.-
aku rasa cite bawah ni takde kaitan ngan cite kat atas.mungkin ia jugak bukan dalam cite bida'ah.aku tak tau macam mana cite ni relevan ngan tajuk bida'ah.(mungkin aku je tak dapat relatekan cite ni ngan bida'ah, atau memang betul takde kaitan ngan bida'ah).sila fikir sendiri.
ustaz tu cakap lagi, kalau orang yang belajar tinggi, yang belajar pasal mazhab mazhab lain, dia boleh beramal dengan mazhab tu, tapi jangan sampai menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat sekeliling. contoh yang dia bagi, dia orang melayu, duk malaysia, guna mazhab syafie. tapi dia tau yang mazhab selain mazhab syafie, kalau sentuh isteri, tak batal wuduk. dia boleh kalau dia nak amalkan benda ni. tapi, kalau contohnya dia kena jadi imam, daripada turun kereta orang duk tengok dia, bukak pintu keta untuk isteri dia, cium cium pipi lagi, pimpin tangan, masuk masjid. orang pun kata, baguih la ustaz ni... tiba tiba bila masuk masjid, orang iqamat, pastu panggil ustaz ni jadi imam. ustaz ni pun terus gi depan nak jadi imam tanpa ambik wuduk balik. jadi perkara ni akan timbulkan kekecohan.
jadinya, bila nak beramal guna mazhab lain ni, kena raikan pandangan masyarakat umum supaya tak jadi kecoh. kalau depan masyarakat, macam dalam kes tadi, ustaz ni kena gi ambik wuduk balik. baru tak kecoh. baru aman. tamat lagi satu kesah.
sambung cite bida'ah tadi, contoh doa qunut. kalau nak ambik itu as bida'ah boleh, kalau tak nak pun boleh. contoh macam sorang ni anggap doa qunut as bida'ah, tapi waktu solat tu, imam baca doa qunut. dia tunggu je la masa tu, tak payah tadah tangan, pastu bila imam sujud, ikut la. macam tu la ustaz tu cakap. tak payah nak gaduh gaduh.
so,, ustaz cakap lagi, kalau semua orang berlapang dada dalam hal bida'ah ni, aman lah dunia.
kalau tak faham,sorry la,aku tak dapat tolong.
aku memang tak pandai nak expalain2 ni
--tajuk takde kaitan ngan cerita aku ni--