Sebelum activity bermula, terdapat sesi perkenalan dengan pistol dan cara bermesra-mesraan dengan pistol. Tapi oleh kerana aku tidak tahu bagaimana mengolah soalan, aku diamkan sahaja ketidakfahaman aku. Risau pak cik yang berkenaan pening dengan soalan aku, yang akhirnya mungkin tambah memeningkan aku.
Hasilnya, tembakan aku tak mengenai sasaran, malah jauh dari lingkungan sasaran tersebut walaupun 40 butir peluru telah dilancarkan dari pistol.
Akhirnya, berkat usaha dan tiba-tiba sahaja allah bagi ilham nak faham cara yang diajar oleh pakcik itu, aku mampu menembak dengan agak tepat, boleh la untuk beginner. Tinggal 10 biji peluru di kala kefahaman itu menjengah minda. 7 biji peluru berjaya memboloskan diri memasuki lingkungan sasaran. Oh yeah! itu adalah kegembiraan yang tidak terhingga.
Namun begitu, tiada yang mampu mengenai sasaran dengan tepat dan padu. Tiada mengapa kerana itu amatlah bagus untuk seorang beginner seperti aku.
gambar-nanti-nati sajalah!
p/s: selamat hari jadi kamal. semoga membesar menjadi anak & adik yang soleh :)